jump to navigation

RANCANGAN PERNIAGAAN: PENGENALAN Mac 11, 2010

Posted by azizieeaziz in Uncategorized.
trackback

Cuba baca dan teliti maklumat yang dibentangkan di bawah ini;

Apabila Pengarah Urusan sebuah syarikat perisian komputer baru di Bandaraya Ipoh mengunjungi seorang juru bank untuk memohon  pembiayaan modal sebanyak RM500 000, ia menyerahkan Rancangan Perniagaan syarikatnya untuk diteliti oleh juru bank tersebut. Dalam satu keadaan yang lain pula, semasa pengerusi sebuah kilang kad plastik ingin  membentuk  satu set matlamat lima tahun untuk syarikatnya, dia telah terlebih dahulu merujuk kepada ramalan kedudukan kewangan dalam Rancangan Perniagaan syarikatnya dan dalam keadaan yang ketiga pula, sebelum pasukan pengurusan sebuah syarikat dari Pulau Pinang cuba menarik minat pelabur asing  menanam modal dalam projek perniagaan mereka, mereka telah memastikan bahawa Rancangan Perniagaan yang bakal ditunjukkan kepada bakal pelabur ini adalah yang terbaik.

Dalam ketiga-tiga keadaan di atas, pihak-pihak yang mewakili perniagaan masing-masing  sedar akan kepentingan Rancangan Perniagaan dalam usaha mencapai sesuatu tujuan samada untuk mendapatkan pembiayaan modal, menetapkan matlamat perniagaan atau untuk menarik minat pelabur-pelabur menanam modal untuk projek perniagaan

Rancangan Perniagaan adalah satu dokumen bertulis di antara 25 hingga 40 muka surat yang menerangkan tentang:

  • Perniagaan atau projek yang akan dijalankan; hala tuju perniagaan dan bagaimana ia akan berkembang secara menyeluruh
  • Kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan serta
  • Ramalan-ramalan, jangkaan-jangkaan dan cara perlaksanaan strategi perniagaan.

Sesetengah pihak menggunakan nama-nama lain untuk Rancangan Perniagaan. Di antaranya adalah pelan induk perniagaan, kertas kerja, kertas projek atau prospektus. Rancangan Perniagaan merupakan peta yang akan menentukan arah tuju syarikat dan strategi bagaimana kejayaan dicapai oleh usahawan.

KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Pada bahagian awal unit ini, kepentingan Rancangan Perniagaan kepada pihak perniagaan telah pun dikenalpasti. Walau bagaimanapun, Rancangan Perniagaan bukan sahaja penting kepada pihak-pihak seperti di dalam contoh tersebut tetapi ia juga amat penting kepada pihak-pihak lain sama ada dari dalam perniagaan mahu pun pihak-pihak yang berkepentingan di luar perniagaan.

Kepentingan Rancangan Perniagaan Kepada Usahawan

  • Memberi peluang kepada usahawan untuk melihat dan menilai ide perniagaan atau projek perniagaannya dengan teliti, secara  objektif  dan kritis.
  • Memberi gambaran samada projek yang dicadangkan berdaya maju atau tidak
  • Membantu usahawan membuat anggaran keperluan dan pengagihan sumber perniagaan dengan baik dan berkesan
  • Menyedarkan usahawan akan masalah-masalah yang mungkin timbul dalam melaksanakan projek perniagaan.
  • Menjadikan garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian
  • Membuat ramalan-ramalan  jualan, perbelanjaan dan aliran wang tunai perniagaan
  • Menerangkan tugas dan tanggung jawab kakitangan serta kehendak dan jangkaan perniagaan
  • Menilai prestasi perniagaan
  • Merancang pembangunan produk baru
  • Menjadikan asas cadangan bagi pemohonan pembiayaan

Kepentingan Rancangan Perniagaan Kepada Pihak Luar

  • Juru bank atau pegawai bank: Untuk menilai potensi cadangan projek berhubung  dengan permohonan pembiayaan perniagaan
  • Pembekal: Untuk mendapat gambaran yang jelas akan idea dan kedudukan kewangan perniagaan bagi tujuan menilai sama ada akan memberi kemudahan kredit atau tidak
  • Kakitangan: Untuk memahami matlamat dan tujuan perniagaan bagi membolehkan mereka melakukan kerja-kerja seperti yang diharapkan oleh perniagaan dan bagi meyakinkan pekerja untuk terus bekerja dengan perniagaan.
  • Pelanggan: Bagi menilai kemampuan perniagaan samada dapat menawarkan produk atau perkhidmatan yang lebih selamat dan menyakinkan jika proses pembuatannya terjamin dari segi keselamatan dan kesihatannya.
  • Pelabur: Untuk menilai maklumat perniagaan dan memberi keyakinan yang tinggi kepada bakal pelabur atau pelabur untuk membuat pelaburan dengannya.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: