jump to navigation

RANCANGAN PERNIAGAAN : FORMAT Mac 11, 2010

Posted by azizieeaziz in Nota.
trackback

Pengenalan

Sebelum orang-orang bijak memulakan satu perjalanan yang jauh, mereka membuat perancangan. Pada amnya, lebih jauh suatu perjalanan, lebih terperinci perancangan dibuat.

Setiap perniagaan dianggap akan memulakan satu perjalanan yang jauh dan dengan itu memerlukan penyataan misi. Penyataan misi memberi fokus kepada matlamat jangka panjang yang diinginkan. Perniagaan yang tidak mempunyai penyataan misi akan terdedah kepada pembaziran sumber dan masa kerana cuba menjalankan operasi perniagaan tanpa arah. Penyataan misi dibangunkan untuk membuat penentuan kedudukan perniagaan dalam pasaran dan ke arah manakah yang ingin dituju.

Penyataan Misi

Pada amnya, maklumat di dalam penyataan misi adalah seperti berikut :-

- Alasan perniagaan diwujudkan

- Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

- Klien atau pelanggan perniagaan

- Kawasan geografi pemasaran

- Kelebihan kompetitif produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Contoh penyataan misi adalah seperti berikut :-

Syarikat Waja Sdn.Bhd. mendapat keuntungan dengan mengeluar dan memasarkan sistem penghawa dingin yang unik untuk bangunan-bangunan kediaman dan komersial. Ia menggunakan teknologi angkasa lepas yang dapat menjimatkan sehingga 50% kos tenaga elektrik. Sasaran pelanggan syarikat adalah arkitek, jurutera bangunan, pemaju perumahan dan bangunan komersial dan lain-lain pengguna di Malaysia dan rantau Asia.

Format Rancangan Perniagaan

Suatu Rancangan Perniagaan ditulis untuk sesuatu tujuan seperti yang diterangkan dalam Unit 6. Perbezaan tujuan menulis Rancangan Perniagaan mengakibatkan kepada kelainan dalam format satu Rancangan Perniagaan daripada yang lain. Di antaranya, institusi kewangan mempunyai format rancangan perniagaan mereka tersendiri. Namun demikian, isi kandungannya tetap sama, cuma bezanya mungkin dari segi persembahannya.

Rancangan Perniagaan yang formal mengandungi perkara-perkara berikut:-

  1. Isi kandungan
  2. Ringkasan Eksekutif atau Abstrak
  3. Pengenalan
  4. Tujuan
  5. Latar belakang perniagaan
  6. Latar belakang pemilik
  7. Latar belakang projek
  8. Rancangan Organisasi
  9. Rancangan Pemasaran
  10. Rancangan Pengeluaran atau Operasi
  11. Rancangan Kewangan
  12. Jadual Perlaksanaan Projek
  13. Rumusan
  14. Lampiran / Dokumen Sokongan

Penerangan Kandungan Rancangan Perniagaan

Isi Kandungan

- Menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama muka surat.

Ringkasan Eksekutif/ Abstrak

- Menonjolkan perkara-perkara penting dalam rancangan  perniagaan.

- Ianya hendaklah dapat menimbulkan minat pembaca untuk meneliti kandungan rancangan perniagaan yang telah disediakan.

Pengenalan

1.  Menyatakan jenis perniagaan.

2. lokasi perniagaan

3. tarikh perniagaan dijalankan

4. latarbelakang dan corak industri perniagaan yang diceburi. (maklumat perlu disokong dengan fakta-fakta yang sebenar dan realistik)

Tujuan

Nyatakan dengan jelas tujuan penyediaan rancangan perniagaan. Contohnya untuk memohon sejumlah pembiayaan modal atau tapak perniagaan dari Bank Pembangunan Malaysia Bhd. dan sebagainya

Latar Belakang Perniagaan

- Memberikan maklumat-maklumat berikut:-

1. nama perniagaan

2. alamat perniagaan

3. alamat surat menyurat (jika berlainan)

4. nombor telefon

5. bentuk perniagaan

6. kegiatan utama

7. tarikh mula atau hendak memulakan perniagaan

8. nombor pendaftaran perniagaan

9. modal permulaan

10. nama bank

11. nombor akaun bank

Latar Belakang Pemilik

Maklumat-maklumat pemilik atau setiap pekongsi berikut hendaklah dinyatakan:-

1. Nama penuh

2. Nombor kad pengenalan

3. Umur

4. Jantina

5. Alamat tetap

6. Nombor telefon

7. Taraf perkahwinan

8.  Kursus yang pernah dihadiri

9. Kemahiran

10.Pengalaman

11. Pekerjaan sekarang

12. Perniagaan lain yang pernah diceburi (jika ada)

Latar Belakang Projek

Nyatakan maklumat lanjut mengenai lokasi perniagaan seperti:-

- Kedudukan fizikal projek

- Bangunan (jenis struktur, keadaan, bentuk, saiz dan nilai bangunan)

Rancangan Organisasi/ Pentadbiran

- Menyatakan misi dan objektif organisasi

- Persembahkan struktur organisasi dalam bentuk carta organisasi.

- Jadual Jawatan dan bilangan tenaga pekerja.

Contoh:

Bil. Jawatan Bil.Pekerja
1. Pengurus Besar 1
2. Kerani 3
3 Jurujual 10

- Jadual Huraian Tugas.

Contoh:

Jawatan Tanggungjawab utama
Pengurus Kewangan
  1. Menyediakan Belanjawan Tahunan perniagaan.
  2. Menyediakan Laporan Kewangan perniagaan
  3. Mengawal dan mengurus penggunaan sumber perniagaan.
  4. Menyelaras lejar personal di bahagian kewangan.

- Jadual Imbuhan Balas Jasa pekerja.

Contoh:

Jawatan Bil Gaji bulanan KWSP PERKESO Jumlah
Pengurus Besar 1 RM5000 RM650 RM100 RM5750
Pengurus Kewangan 1 RM2500 RM325 RM50 RM2875
Jumlah RM8625

- Senarai Perabot dan Keperluan Pejabat

Contoh:

Jenis Bil. Harga (RM)
Komputer 2 8000
Pencetak 2 1000
Mesin fotostat 1 5000
Jumlah 14000

- Senarai Perbelanjaan Pentadbiran

Contoh:

Perkara Perbelanjaan Harta Perbelanjaan Bulanan Lain-lain perbelanjaan
Gaji dan Imbuhan Balas Jasa RM8625
Perabot dan Keperluan Pejabat RM14000
Sewa RM2000

Rancangan Pemasaran

- Penerangan produk /perkhidmatan yang ditawarkan dengan mengaitkannya dengan kehendak dan keperluan pengguna.

- Profil pelanggan iaitu kumpulan sasaran pelanggan.

- Saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau Ringgit Malaysia atau kedua-duanya sekali.

- Pesaing-pesaing utama di kawasan pasaran. Senaraikan status kekuatan serta kelemahan mereka dan nyatakan bahagian syer pasaran yang dicadangkan dan pesaing-pesaing utama.

- Ramalan jualan bulanan untuk tahun pertama perniagaan dan ramalan jualan tahunan untuk tahun ke 2 dan ke 3. Nyatakan bentuk jualan samada secara tunai, kredit atau kedua-duanya sekali.

- Strategi pemasaran yang akan digunakan bagi mencapai jualan yang diramalkan. Contoh strategi barangan, strategi  harga, strategi promosi dan stratgei edaran.

Butiran perbelanjaan pemasaran.

Contoh:

Perkara Perbelanjaan Harta (RM) Perbelanjaan Bulanan (RM) Lain-lain Belanja (RM)
Kenderaan RMxxxx
Promosi RM xxxx
Insurans RM xxx

Rancangan Pengeluaran/Operasi

Bahagian ini hanya perlu disediakan bagi perniagaan berbentuk pemprosesan atau pengeluaran.

- Proses pengeluaran dalam bentuk carta aliran proses

- Unit pengeluaran atau jam operasi perniagaan dengan berpandukan ramalan jualan dalam Rancangan Pemasaran.

- Keperluan bahan bulanan dalam satu jadual.

Contoh :

Jenis Bahan Kuantiti digunakan Stok simpanan Harga seunit (RM) Jumlah belian (RM)
Pasir 10000 tan 500 tan RM xxx RM xxxx

Nyatakan anggaran belian bulanan bahan untuk tahun pertama dan anggaran belian tahunan bahan untuk tahun ke 2 dan ke 3.

- Senarai jawatan dan jumlah tenaga pekerja operasi serta imbuhan mereka.

Contoh:-

Jawatan Bil Gaji bulanan KWSP PERKESO Jumlah
Operator pengeluaran 20 RM xxx RM xx RM xx RM xx

- Senarai mesin dan peralatan dalam jadual seperti berikut:

Jenis Pembekal Harga seunit Bil. Jumlah harga
Mesin jahit Kedai Heong RM xx 3 RM xxx

- Lakaran susun atur ruang operasi dan nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur tersebut.

- Pelan lokasi tempat aktiviti pengeluaran atau operasi.

- Overhed operasi yang merangkumi kemudahan bekalan air, elektrik, telefon dan lain-lain yang menjadi penggerak operasi.

- Senarai semua butir perbelanjaan operasi dalam satu jadual.

Contoh:

Perkara Perbelanjaan Harta Perbelanjaan Bulanan Perbelanjaan lain
Mesin RM xxx
Gaji RM xxx

Rancangan Kewangan

Bahagian ini adalah mustahak kerana ia mempunyai semua maklumat kewangan yang terkandung dalam Bahagian Pentadbiran, Pemasaran dan Operasi. Maklumat ini perlu untuk :

- Menyediakan Kos Perlaksanaan Projek bagi mengetahui jumlah keseluruhan kos yang akan terlibat dalam memulakan projek.

- Merancang bagi mendapatkan sumber-sumber kewangan bagi membiayai perlaksanaan projek tersebut. Dengan itu perlulah disediakan Sumber Pembiayaan Projek.

- Meramal dan mengetahui kedudukan kewangan perniagaan dengan menyediakan Proforma Aliran Wang Tunai.

- Meramal dan mengetahui untung/rugi perniagaan di akhir tempoh perakaunan dengan menyediakan Proforma Untung Rugi.

- Meramal dan mengetahui keseluruhan kedudukan kewangan pada akhir tahun perakaunan dengan menyediakan Proforma Kunci Kira-Kira.

- Menyediakan Jadual Susutnilai Aset Tetap, Jadual Bayaran Balik Pinjaman (jika ada) dan Jadual Bayaran Ansuran Sewa Beli (jika ada).

Jadual Perlaksanaan Projek

Jadual ini disediakan untuk menunjukkan peringkat-peringkat kejadian yang akan berlaku terhadap perniagaan apabila perniagaan dilaksanakan. Pada kebiasaannya ia menunjukkan kemajuan operasi daripada peringkat idea kepada kenyataan. Jadual ini dipersembahkan dengan menggunakan carta yang akan menunjukkan dengan jelas kesemua aktiviti-aktiviti yang akan dibuat, bila aktiviti itu akan dilakukan dan bagaimana pula kaitan di antara aktiviti-aktiviti.

Rumusan

Berikan kenyataan yang menyakinkan pihak-pihak tertentu mengapakah projek ini perlu diteruskan atau pinjaman perlu diberi atau lesen perlu diluluskan dan sebagainya.

Lampiran Dokumen Sokongan

Sekiranya ada, perlu disertakan dokumen-dokumen bagi menyokong sesuatu kenyataan yang dinyatakan dalam badan utama Rancangan Perniagaan. Contohnya seperti Memorandum dan Tatacara Persatuan.

About these ads

Komentar»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: