jump to navigation

P2108-KEMAHIRAN GENERIK/SESI JAN 2010-LATIHAN SAMBIL BERCUTI SEMESTER Mac 11, 2010

Posted by azizieeaziz in Soalan Latihan.
trackback

Cerita Usahawan Book Smart

Masa dahulu, nak dapat segulung ijazah bukan mudah. Saya mungkin bernasib baik, tetapi ada rakan2 saya yang berasal dari kampung yang ibubapanya terpaksa bergolok bergadai untuk menyekolahkan anak. Begitu mahal harga sebuah ijazah ketika itu. Kawan saya, Leman (bukan nama sebenar), dianugerahkan otak yang cerdas, dan begitu cemerlang dalam pelajaran. Selalu membantu mak menjual goreng pisang, mungkin antara sebab beliau terdorong untuk meneruskan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan di London atas tajaan JPA.

Balik dari London, Leman bekerja sebagai eksekutif di salah sebuah GLC. 12 tahun kemudian selepas rasa agak tersiksa bekerja dibawah telunjuk orang, beliau berhenti makan gaji dan memulakan hari berikutnya sebagai seorang usahawan. Leman yang penuh dengan ilmu didada, dan juga pengalaman 12 tahun Leman mampu menguruskan perniagaannya sehingga berkembang. 5 tahun selepas bermula perniagaan, syarikat beliau tersenarai di Bursa Saham dan beliau menaiki kereta mewah ke sana ke mari dengan hasil wang perolehan saham.

Leman seorang yang berjaya. Seorang jutawan dalam perniagaannya. Dan Leman seorang yang mempunyai ilmu yang dipraktikkan dan menjadi seorang yang sangat terkenal dalam industrinya.

Cerita Usahawan Street Smart

Kawan saya, Syed (juga bukan nama sebenar) yang tak abis sekolah (drop out). Abes sekolah sampai Form 3, itu pun selepas berenti sebab ada masalah disiplin sekolah. Saya rasa ramai yang mempunyai kawan seperti Syed. Syed, walau pun ada sedikit perasaan malas dalam dirinya, bukan seorang yang berat tulang. Mungkin atas desakan hidup, Syed membuat pelbagai kerja, dari mencuci kereta sehingga mengutip hasil2 hutan. Yang penting, hidupnya diteruskan. Syed percaya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Syed yang hanya pandai membaca dan mengeja. Kalau nak memohon kerja, tidak lebih sebagai seorang mat despatch atau sehebat-hebatnya jadi kerani.

Syed mulakan usaha kecil-kecilan. Pelbagai perniagaan Syed cuba, dari broker tanah sehingga ke penternak ayam. Banyak pengalaman yang di timba. Bukan setakat pengalaman, jatuh bangun perniagaan (yang biasanya banyak rugi dari untung) pun dah menjadi makanan harian Syed. Biasalah.. hari ini untung, esok belum tentu.

Alah bisa, tegal biasa. Lama kelamaan Syed berjaya mewujudkan rangkaian syarikat yang menjual kereta terpakai. Dalam masa 9 tahun cawangan perniagaannya boleh dikatakan ada diseluruh negeri. Rangkaian perniagaannya terus berkembang.

Dah jadi tokey kereta, tentunya Syed juga dapat merasai nikmat empuk duduk di rumah yang besar, dan juga senyap dan eksklusifnya duduk dalam kereta mewah yang mempunyai pemandu peribadi sendiri.

Syed juga seorang yang berjaya. Seorang jutawan dalam perniagaannya. Dan Syed seorang yang mempunyai pengalaman pahit perniagaan yang menjadikan beliau seorang yang berjaya.

Apakah beza antara Leman dan Syed ?

Sila berikan pandangan anada secara individu dan hantar melalui ruangan komen yang disediakan. Tuliaskan nama, no. pendaftaran dan kumpulan kuliah.

HANTAR SEBELUM 21 MAC 2010-SELAMAT MENJAWAB!!


Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: