jump to navigation

P2108-KEMAHIRAN GENERIK/SESI JAN 2010-LATIHAN SAMBIL BERCUTI SEMESTER Mac 11, 2010

Posted by azizieeaziz in Soalan Latihan.
add a comment

Cerita Usahawan Book Smart

Masa dahulu, nak dapat segulung ijazah bukan mudah. Saya mungkin bernasib baik, tetapi ada rakan2 saya yang berasal dari kampung yang ibubapanya terpaksa bergolok bergadai untuk menyekolahkan anak. Begitu mahal harga sebuah ijazah ketika itu. Kawan saya, Leman (bukan nama sebenar), dianugerahkan otak yang cerdas, dan begitu cemerlang dalam pelajaran. Selalu membantu mak menjual goreng pisang, mungkin antara sebab beliau terdorong untuk meneruskan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan di London atas tajaan JPA.

Balik dari London, Leman bekerja sebagai eksekutif di salah sebuah GLC. 12 tahun kemudian selepas rasa agak tersiksa bekerja dibawah telunjuk orang, beliau berhenti makan gaji dan memulakan hari berikutnya sebagai seorang usahawan. Leman yang penuh dengan ilmu didada, dan juga pengalaman 12 tahun Leman mampu menguruskan perniagaannya sehingga berkembang. 5 tahun selepas bermula perniagaan, syarikat beliau tersenarai di Bursa Saham dan beliau menaiki kereta mewah ke sana ke mari dengan hasil wang perolehan saham.

Leman seorang yang berjaya. Seorang jutawan dalam perniagaannya. Dan Leman seorang yang mempunyai ilmu yang dipraktikkan dan menjadi seorang yang sangat terkenal dalam industrinya.

Cerita Usahawan Street Smart

Kawan saya, Syed (juga bukan nama sebenar) yang tak abis sekolah (drop out). Abes sekolah sampai Form 3, itu pun selepas berenti sebab ada masalah disiplin sekolah. Saya rasa ramai yang mempunyai kawan seperti Syed. Syed, walau pun ada sedikit perasaan malas dalam dirinya, bukan seorang yang berat tulang. Mungkin atas desakan hidup, Syed membuat pelbagai kerja, dari mencuci kereta sehingga mengutip hasil2 hutan. Yang penting, hidupnya diteruskan. Syed percaya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Syed yang hanya pandai membaca dan mengeja. Kalau nak memohon kerja, tidak lebih sebagai seorang mat despatch atau sehebat-hebatnya jadi kerani.

Syed mulakan usaha kecil-kecilan. Pelbagai perniagaan Syed cuba, dari broker tanah sehingga ke penternak ayam. Banyak pengalaman yang di timba. Bukan setakat pengalaman, jatuh bangun perniagaan (yang biasanya banyak rugi dari untung) pun dah menjadi makanan harian Syed. Biasalah.. hari ini untung, esok belum tentu.

Alah bisa, tegal biasa. Lama kelamaan Syed berjaya mewujudkan rangkaian syarikat yang menjual kereta terpakai. Dalam masa 9 tahun cawangan perniagaannya boleh dikatakan ada diseluruh negeri. Rangkaian perniagaannya terus berkembang.

Dah jadi tokey kereta, tentunya Syed juga dapat merasai nikmat empuk duduk di rumah yang besar, dan juga senyap dan eksklusifnya duduk dalam kereta mewah yang mempunyai pemandu peribadi sendiri.

Syed juga seorang yang berjaya. Seorang jutawan dalam perniagaannya. Dan Syed seorang yang mempunyai pengalaman pahit perniagaan yang menjadikan beliau seorang yang berjaya.

Apakah beza antara Leman dan Syed ?

Sila berikan pandangan anada secara individu dan hantar melalui ruangan komen yang disediakan. Tuliaskan nama, no. pendaftaran dan kumpulan kuliah.

HANTAR SEBELUM 21 MAC 2010-SELAMAT MENJAWAB!!


Advertisements

RANCANGAN PERNIAGAAN : FORMAT Mac 11, 2010

Posted by azizieeaziz in Nota.
add a comment

Pengenalan

Sebelum orang-orang bijak memulakan satu perjalanan yang jauh, mereka membuat perancangan. Pada amnya, lebih jauh suatu perjalanan, lebih terperinci perancangan dibuat.

Setiap perniagaan dianggap akan memulakan satu perjalanan yang jauh dan dengan itu memerlukan penyataan misi. Penyataan misi memberi fokus kepada matlamat jangka panjang yang diinginkan. Perniagaan yang tidak mempunyai penyataan misi akan terdedah kepada pembaziran sumber dan masa kerana cuba menjalankan operasi perniagaan tanpa arah. Penyataan misi dibangunkan untuk membuat penentuan kedudukan perniagaan dalam pasaran dan ke arah manakah yang ingin dituju.

Penyataan Misi

Pada amnya, maklumat di dalam penyataan misi adalah seperti berikut :-

– Alasan perniagaan diwujudkan

– Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

– Klien atau pelanggan perniagaan

– Kawasan geografi pemasaran

– Kelebihan kompetitif produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Contoh penyataan misi adalah seperti berikut :-

Syarikat Waja Sdn.Bhd. mendapat keuntungan dengan mengeluar dan memasarkan sistem penghawa dingin yang unik untuk bangunan-bangunan kediaman dan komersial. Ia menggunakan teknologi angkasa lepas yang dapat menjimatkan sehingga 50% kos tenaga elektrik. Sasaran pelanggan syarikat adalah arkitek, jurutera bangunan, pemaju perumahan dan bangunan komersial dan lain-lain pengguna di Malaysia dan rantau Asia.

Format Rancangan Perniagaan

Suatu Rancangan Perniagaan ditulis untuk sesuatu tujuan seperti yang diterangkan dalam Unit 6. Perbezaan tujuan menulis Rancangan Perniagaan mengakibatkan kepada kelainan dalam format satu Rancangan Perniagaan daripada yang lain. Di antaranya, institusi kewangan mempunyai format rancangan perniagaan mereka tersendiri. Namun demikian, isi kandungannya tetap sama, cuma bezanya mungkin dari segi persembahannya.

Rancangan Perniagaan yang formal mengandungi perkara-perkara berikut:-

  1. Isi kandungan
  2. Ringkasan Eksekutif atau Abstrak
  3. Pengenalan
  4. Tujuan
  5. Latar belakang perniagaan
  6. Latar belakang pemilik
  7. Latar belakang projek
  8. Rancangan Organisasi
  9. Rancangan Pemasaran
  10. Rancangan Pengeluaran atau Operasi
  11. Rancangan Kewangan
  12. Jadual Perlaksanaan Projek
  13. Rumusan
  14. Lampiran / Dokumen Sokongan

Penerangan Kandungan Rancangan Perniagaan

Isi Kandungan

– Menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama muka surat.

Ringkasan Eksekutif/ Abstrak

– Menonjolkan perkara-perkara penting dalam rancangan  perniagaan.

– Ianya hendaklah dapat menimbulkan minat pembaca untuk meneliti kandungan rancangan perniagaan yang telah disediakan.

Pengenalan

1.  Menyatakan jenis perniagaan.

2. lokasi perniagaan

3. tarikh perniagaan dijalankan

4. latarbelakang dan corak industri perniagaan yang diceburi. (maklumat perlu disokong dengan fakta-fakta yang sebenar dan realistik)

Tujuan

Nyatakan dengan jelas tujuan penyediaan rancangan perniagaan. Contohnya untuk memohon sejumlah pembiayaan modal atau tapak perniagaan dari Bank Pembangunan Malaysia Bhd. dan sebagainya

Latar Belakang Perniagaan

– Memberikan maklumat-maklumat berikut:-

1. nama perniagaan

2. alamat perniagaan

3. alamat surat menyurat (jika berlainan)

4. nombor telefon

5. bentuk perniagaan

6. kegiatan utama

7. tarikh mula atau hendak memulakan perniagaan

8. nombor pendaftaran perniagaan

9. modal permulaan

10. nama bank

11. nombor akaun bank

Latar Belakang Pemilik

Maklumat-maklumat pemilik atau setiap pekongsi berikut hendaklah dinyatakan:-

1. Nama penuh

2. Nombor kad pengenalan

3. Umur

4. Jantina

5. Alamat tetap

6. Nombor telefon

7. Taraf perkahwinan

8.  Kursus yang pernah dihadiri

9. Kemahiran

10.Pengalaman

11. Pekerjaan sekarang

12. Perniagaan lain yang pernah diceburi (jika ada)

Latar Belakang Projek

Nyatakan maklumat lanjut mengenai lokasi perniagaan seperti:-

– Kedudukan fizikal projek

– Bangunan (jenis struktur, keadaan, bentuk, saiz dan nilai bangunan)

Rancangan Organisasi/ Pentadbiran

– Menyatakan misi dan objektif organisasi

– Persembahkan struktur organisasi dalam bentuk carta organisasi.

– Jadual Jawatan dan bilangan tenaga pekerja.

Contoh:

Bil. Jawatan Bil.Pekerja
1. Pengurus Besar 1
2. Kerani 3
3 Jurujual 10

Jadual Huraian Tugas.

Contoh:

Jawatan Tanggungjawab utama
Pengurus Kewangan
  1. Menyediakan Belanjawan Tahunan perniagaan.
  2. Menyediakan Laporan Kewangan perniagaan
  3. Mengawal dan mengurus penggunaan sumber perniagaan.
  4. Menyelaras lejar personal di bahagian kewangan.

– Jadual Imbuhan Balas Jasa pekerja.

Contoh:

Jawatan Bil Gaji bulanan KWSP PERKESO Jumlah
Pengurus Besar 1 RM5000 RM650 RM100 RM5750
Pengurus Kewangan 1 RM2500 RM325 RM50 RM2875
Jumlah RM8625

Senarai Perabot dan Keperluan Pejabat

Contoh:

Jenis Bil. Harga (RM)
Komputer 2 8000
Pencetak 2 1000
Mesin fotostat 1 5000
Jumlah 14000

Senarai Perbelanjaan Pentadbiran

Contoh:

Perkara Perbelanjaan Harta Perbelanjaan Bulanan Lain-lain perbelanjaan
Gaji dan Imbuhan Balas Jasa RM8625
Perabot dan Keperluan Pejabat RM14000
Sewa RM2000

Rancangan Pemasaran

Penerangan produk /perkhidmatan yang ditawarkan dengan mengaitkannya dengan kehendak dan keperluan pengguna.

Profil pelanggan iaitu kumpulan sasaran pelanggan.

Saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau Ringgit Malaysia atau kedua-duanya sekali.

Pesaing-pesaing utama di kawasan pasaran. Senaraikan status kekuatan serta kelemahan mereka dan nyatakan bahagian syer pasaran yang dicadangkan dan pesaing-pesaing utama.

Ramalan jualan bulanan untuk tahun pertama perniagaan dan ramalan jualan tahunan untuk tahun ke 2 dan ke 3. Nyatakan bentuk jualan samada secara tunai, kredit atau kedua-duanya sekali.

Strategi pemasaran yang akan digunakan bagi mencapai jualan yang diramalkan. Contoh strategi barangan, strategi  harga, strategi promosi dan stratgei edaran.

–  Butiran perbelanjaan pemasaran.

Contoh:

Perkara Perbelanjaan Harta (RM) Perbelanjaan Bulanan (RM) Lain-lain Belanja (RM)
Kenderaan RMxxxx
Promosi RM xxxx
Insurans RM xxx

Rancangan Pengeluaran/Operasi

Bahagian ini hanya perlu disediakan bagi perniagaan berbentuk pemprosesan atau pengeluaran.

– Proses pengeluaran dalam bentuk carta aliran proses

Unit pengeluaran atau jam operasi perniagaan dengan berpandukan ramalan jualan dalam Rancangan Pemasaran.

– Keperluan bahan bulanan dalam satu jadual.

Contoh :

Jenis Bahan Kuantiti digunakan Stok simpanan Harga seunit (RM) Jumlah belian (RM)
Pasir 10000 tan 500 tan RM xxx RM xxxx

Nyatakan anggaran belian bulanan bahan untuk tahun pertama dan anggaran belian tahunan bahan untuk tahun ke 2 dan ke 3.

– Senarai jawatan dan jumlah tenaga pekerja operasi serta imbuhan mereka.

Contoh:-

Jawatan Bil Gaji bulanan KWSP PERKESO Jumlah
Operator pengeluaran 20 RM xxx RM xx RM xx RM xx

– Senarai mesin dan peralatan dalam jadual seperti berikut:

Jenis Pembekal Harga seunit Bil. Jumlah harga
Mesin jahit Kedai Heong RM xx 3 RM xxx

– Lakaran susun atur ruang operasi dan nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur tersebut.

Pelan lokasi tempat aktiviti pengeluaran atau operasi.

Overhed operasi yang merangkumi kemudahan bekalan air, elektrik, telefon dan lain-lain yang menjadi penggerak operasi.

Senarai semua butir perbelanjaan operasi dalam satu jadual.

Contoh:

Perkara Perbelanjaan Harta Perbelanjaan Bulanan Perbelanjaan lain
Mesin RM xxx
Gaji RM xxx

Rancangan Kewangan

Bahagian ini adalah mustahak kerana ia mempunyai semua maklumat kewangan yang terkandung dalam Bahagian Pentadbiran, Pemasaran dan Operasi. Maklumat ini perlu untuk :

– Menyediakan Kos Perlaksanaan Projek bagi mengetahui jumlah keseluruhan kos yang akan terlibat dalam memulakan projek.

– Merancang bagi mendapatkan sumber-sumber kewangan bagi membiayai perlaksanaan projek tersebut. Dengan itu perlulah disediakan Sumber Pembiayaan Projek.

– Meramal dan mengetahui kedudukan kewangan perniagaan dengan menyediakan Proforma Aliran Wang Tunai.

– Meramal dan mengetahui untung/rugi perniagaan di akhir tempoh perakaunan dengan menyediakan Proforma Untung Rugi.

– Meramal dan mengetahui keseluruhan kedudukan kewangan pada akhir tahun perakaunan dengan menyediakan Proforma Kunci Kira-Kira.

– Menyediakan Jadual Susutnilai Aset Tetap, Jadual Bayaran Balik Pinjaman (jika ada) dan Jadual Bayaran Ansuran Sewa Beli (jika ada).

Jadual Perlaksanaan Projek

Jadual ini disediakan untuk menunjukkan peringkat-peringkat kejadian yang akan berlaku terhadap perniagaan apabila perniagaan dilaksanakan. Pada kebiasaannya ia menunjukkan kemajuan operasi daripada peringkat idea kepada kenyataan. Jadual ini dipersembahkan dengan menggunakan carta yang akan menunjukkan dengan jelas kesemua aktiviti-aktiviti yang akan dibuat, bila aktiviti itu akan dilakukan dan bagaimana pula kaitan di antara aktiviti-aktiviti.

Rumusan

Berikan kenyataan yang menyakinkan pihak-pihak tertentu mengapakah projek ini perlu diteruskan atau pinjaman perlu diberi atau lesen perlu diluluskan dan sebagainya.

Lampiran Dokumen Sokongan

Sekiranya ada, perlu disertakan dokumen-dokumen bagi menyokong sesuatu kenyataan yang dinyatakan dalam badan utama Rancangan Perniagaan. Contohnya seperti Memorandum dan Tatacara Persatuan.

RANCANGAN PERNIAGAAN: PENGENALAN Mac 11, 2010

Posted by azizieeaziz in Uncategorized.
add a comment

Cuba baca dan teliti maklumat yang dibentangkan di bawah ini;

Apabila Pengarah Urusan sebuah syarikat perisian komputer baru di Bandaraya Ipoh mengunjungi seorang juru bank untuk memohon  pembiayaan modal sebanyak RM500 000, ia menyerahkan Rancangan Perniagaan syarikatnya untuk diteliti oleh juru bank tersebut. Dalam satu keadaan yang lain pula, semasa pengerusi sebuah kilang kad plastik ingin  membentuk  satu set matlamat lima tahun untuk syarikatnya, dia telah terlebih dahulu merujuk kepada ramalan kedudukan kewangan dalam Rancangan Perniagaan syarikatnya dan dalam keadaan yang ketiga pula, sebelum pasukan pengurusan sebuah syarikat dari Pulau Pinang cuba menarik minat pelabur asing  menanam modal dalam projek perniagaan mereka, mereka telah memastikan bahawa Rancangan Perniagaan yang bakal ditunjukkan kepada bakal pelabur ini adalah yang terbaik.

Dalam ketiga-tiga keadaan di atas, pihak-pihak yang mewakili perniagaan masing-masing  sedar akan kepentingan Rancangan Perniagaan dalam usaha mencapai sesuatu tujuan samada untuk mendapatkan pembiayaan modal, menetapkan matlamat perniagaan atau untuk menarik minat pelabur-pelabur menanam modal untuk projek perniagaan

Rancangan Perniagaan adalah satu dokumen bertulis di antara 25 hingga 40 muka surat yang menerangkan tentang:

  • Perniagaan atau projek yang akan dijalankan; hala tuju perniagaan dan bagaimana ia akan berkembang secara menyeluruh
  • Kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan serta
  • Ramalan-ramalan, jangkaan-jangkaan dan cara perlaksanaan strategi perniagaan.

Sesetengah pihak menggunakan nama-nama lain untuk Rancangan Perniagaan. Di antaranya adalah pelan induk perniagaan, kertas kerja, kertas projek atau prospektus. Rancangan Perniagaan merupakan peta yang akan menentukan arah tuju syarikat dan strategi bagaimana kejayaan dicapai oleh usahawan.

KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Pada bahagian awal unit ini, kepentingan Rancangan Perniagaan kepada pihak perniagaan telah pun dikenalpasti. Walau bagaimanapun, Rancangan Perniagaan bukan sahaja penting kepada pihak-pihak seperti di dalam contoh tersebut tetapi ia juga amat penting kepada pihak-pihak lain sama ada dari dalam perniagaan mahu pun pihak-pihak yang berkepentingan di luar perniagaan.

Kepentingan Rancangan Perniagaan Kepada Usahawan

  • Memberi peluang kepada usahawan untuk melihat dan menilai ide perniagaan atau projek perniagaannya dengan teliti, secara  objektif  dan kritis.
  • Memberi gambaran samada projek yang dicadangkan berdaya maju atau tidak
  • Membantu usahawan membuat anggaran keperluan dan pengagihan sumber perniagaan dengan baik dan berkesan
  • Menyedarkan usahawan akan masalah-masalah yang mungkin timbul dalam melaksanakan projek perniagaan.
  • Menjadikan garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian
  • Membuat ramalan-ramalan  jualan, perbelanjaan dan aliran wang tunai perniagaan
  • Menerangkan tugas dan tanggung jawab kakitangan serta kehendak dan jangkaan perniagaan
  • Menilai prestasi perniagaan
  • Merancang pembangunan produk baru
  • Menjadikan asas cadangan bagi pemohonan pembiayaan

Kepentingan Rancangan Perniagaan Kepada Pihak Luar

  • Juru bank atau pegawai bank: Untuk menilai potensi cadangan projek berhubung  dengan permohonan pembiayaan perniagaan
  • Pembekal: Untuk mendapat gambaran yang jelas akan idea dan kedudukan kewangan perniagaan bagi tujuan menilai sama ada akan memberi kemudahan kredit atau tidak
  • Kakitangan: Untuk memahami matlamat dan tujuan perniagaan bagi membolehkan mereka melakukan kerja-kerja seperti yang diharapkan oleh perniagaan dan bagi meyakinkan pekerja untuk terus bekerja dengan perniagaan.
  • Pelanggan: Bagi menilai kemampuan perniagaan samada dapat menawarkan produk atau perkhidmatan yang lebih selamat dan menyakinkan jika proses pembuatannya terjamin dari segi keselamatan dan kesihatannya.
  • Pelabur: Untuk menilai maklumat perniagaan dan memberi keyakinan yang tinggi kepada bakal pelabur atau pelabur untuk membuat pelaburan dengannya.

P3117-KEUSAHAWANAN/SESI JAN 2010-TUGASAN 1 Mac 10, 2010

Posted by azizieeaziz in Uncategorized.
add a comment

ASSIGNMENT 1 :
Entrepreneurship icon /Tokoh usahawan
________________________________________

question:

1. Students will be divided into groups of 4 person
2. Each group is ordered to find and choose one successful entrepreneur icon /tokoh usahawan berjaya
3. Each group will need to conduct an interview with selected entrepreneur in order to gather information for report preparation
4. Written report should include all the subtopics as listed below;

a. Entrepreneur Icon background
b. Business background
c. Threats and constrains faced by the icon a long the business running
d. Successful achievement in business
e. Business future plan

5. Report should be written in a proper format as attached
6. The Complete Report should be submitted by; 19 FEBRUARY 2010

Presentation

7. Each group will be presenting their entrepreneur icon during the class presentation on the submitted date.
8. Presentation should be prepared using Powerpoint Slide and will be conducted either in English or Malay
9. Each group members need to be a presenter and individual assessment will be done

Report Format

1. Report should be computerized written using Arial Font with 10 size for body and 12 for Title or Subtitle.
2. Report should be included all the listed subtopics given in the Assignment 1.
3. Each group is needed to prepare Front Cover using format as given below; and followed by Yellow cover (JP) as a second cover inside.

P3117-KEUSAHAWANAN/SESI JAN 2010-TUGASAN 2 Mac 10, 2010

Posted by azizieeaziz in Uncategorized.
add a comment

ASSIGNMENT2 :
BUSINESS PLAN
________________________________________

question:

1. Students will be divided into groups of 3-5 person
2. Each group is ordered to set up a company and prepare Business Plan for their company
3. Business Plan should be prepared for loan approval from any banks or agencies, in order to launch new product
4. Written report should follow the format below;

i. Abstract/Executive Summary
ii. Introduction
iii. Purpose of preparing Business Plan
iv. Company’s background
v. Ownership background
vi. Project background
vii. Management/Organization Plan
viii. Marketing Plan
ix. Operation Plan
x. Financial Plan
xi. Project Schedule
xii. Conclusion
xiii. Appendix

5. Report should be written in a proper format as attached
6. The Complete Report should be submitted by; 8 March 2010

Presentation

7. Each group will be presenting their report during the class presentation on the submitted date.
8. Presentation should be prepared using Powerpoint Slide and will be conducted either in English or Malay
9. Each group members need to be presenter and individual assessment will be done

Report Format

1. Report should be computerized written using Arial Font with 10 size for body and 12 for Title or Subtitle.
2. Report should be included all the listed subtopics given in the format of BP.
3. Each group is needed to prepare Front Cover using format as given below; and followed by Yellow cover (JP) as a second cover inside.

P3117-KEUSAHAWANAN/SESI JAN 2010-MINI PROJEK Mac 10, 2010

Posted by azizieeaziz in Uncategorized.
add a comment

MINI PROJEK: ENTREPRENEURIAL EXHIBITION
________________________________________

1. Projek ini akan melibatkan semua pelajar yang mengambil kursus P3117 dan P3130 iaitu DAT 6A, DAT 6B, DAT 6C, SPP 4 dan DPR 3

2. Projek ini dijalankan secara berkumpulan dengan keahlian seramai 3 hingga 5 orang bagi setiap kumpulan

3. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan satu ciptaan produk atau servis yang inovatif berdasarkan apa yang telah dirancang di dalam Tugasan 2 iaitu Rancangan Perniagaan masing-masing

4. Semua kumpulan pelajar akan membentang dan mempamerkan hasil produk/servis masing-masing pada satu pameran sehari yang dirancang akan diadakan pada awal April 2010

5. Hasil produk/servis pelajar akan dipertandingkan mengikut kelas masing-masing pada hari pameran

6. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan menerima sekeping sijil, plug dan saguhati berbentuk wang tunai

7. Setiap kumpulan mestilah membuat persediaan berikut semasa hari pameran;

i. Produk/replika produk atau servis yang dihasilkan beserta pembungkusan yang menarik
ii. Slide Power Point berkaitan maklumat produk yang telah dihasilkan
iii. Sekeping Poster untuk promosi produk/servis
iv. Banner perniagaan
v. Business card
vi. Pamphlet berkaitan produk/servis yang ditawarkan

KANDUNGAN SLIDE POWER POINT

1. Maklumat ringkas berkaitan syarikat pengeluar (kumpulan pelajar tersebut)
2. Maklumat berkaitan produk/servis;
a. Keterangan produk beserta gambar
b. Kandungan/bahan yang terlibat dalam penghasilan produk tersebut
c. Cara pemprosesan/ penghasilan produk atau servis yang ditawarkan (video adalah digalakkan- insert video dlm powerpoint)
d. Ujian kebolehpasaran produk (jika ada)

P3117-KEUSAHAWANAN/SESI JAN 2010-LATIHAN MASA CUTI Mac 10, 2010

Posted by azizieeaziz in Soalan Latihan.
Tags:
add a comment

SOMETIMES YOU WIN – SOMETIMES YOU LOSE

The greatest glory is not in never failing but in rising up every time we fall.
-Confucius

Philip J. Romano, founder of Fuddruckers, a nationwide gourmet hamburger chain, truly is a restaurant entrepreneur. Romano has experienced the taste of failure on more than one occasion. Yet he realizes that success in the volatile restaurant business requires trying creative new concepts that may fail. Failure is common in the restaurant industry; eating and drinking establishments top the list of businesses with the greatest failure rates.

Much of Romano’s success is attributable to his ability to anticipate dining trends and to develop effective restaurant promotions. He caught on to the salad-bar trend early in his first restaurant, the Nag’s Head Bar in West Palm Beach. He captured customers’ interest with another venture after his grand- opening; he padlocked the door and sent keys to select customers. The gimmick created an informal cadre of salespeople touting the restaurant by word of mouth. When meat prices pushed up prices 30 percent at his Friends of Edinburgh Scottish Pub, Romano had new menus printed. But he issued the old menus to regular customers, who continued to pay the old prices as long as they brought their old menus. The gimmick at his lunch-oriented First National Bar & Grill was for customers to punch time clocks and pay by the minute.

The gimmicks didn’t always work, and Romano’s instincts about diners’ preferences weren’t always correct. His Pasta Palace, a combination art-deco movie house and pasta restaurant, opened in 1975, well before art-deco or pasta became chic in Florida. It closed quickly.

In 1985, Romano thought he was catching the wave for lighter fare with his health-oriented Stix Eating Spa in San Antonio. But the upscale restaurant appealed to only a very small
customer base, and sales fell well below expectations. “It was the right restaurant in the wrong
place,” he claimed after the restaurant closed.

Even Fuddruckers, which for a time was one of the hottest food chains around, began to slide. Romano overestimated the public’s willingness to pay $5 for a burger. The restaurant failed to adapt its menu and its prices in time and incurred a huge loss. Romano sold Fuddruckers the next year.

His current venture, Romano’s Macaroni Grill, is highly successful. Modeled after his memories of his grandfather’s warm Italian kitchen, the restaurant draws crowds on traditionally slow nights. Romano offers free meals on Monday or Tuesday each month. The catch: customers never know which Monday or Tuesday!

Romano’s newest restaurant idea presents yet another challenge for him: convincing New Yorkers to indulge their palates with hearty Tex-Mex fare. The competition will be stiff; there are some twelve thousand competing restaurants in Manhattan, and overhead expenses are outrageously high.
The real test of success or failure will be told on the tables of the Texas Tortilla Bakery.

1. Describe the small business failure rate.
2. What factors cause most small business failures?
3. Is failure among entrepreneurs necessarily bad? Why or why not?

SILA BERIKAN  JAWAPAN ANDA DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN (SERTAKAN NAMA, NO.PEND. ,KELAS/PROGRAM)..SELAMAT MENJAWAB!!

Sources: Adapted From Marj Charlier, “Romano Varies Menu to Cook Up Another Restaurant,” reprinted by permission of Wall Street Journal, April 11, 1990. p. B1. _ 1990. Dow Jones & Company, Inc. All rights reserved worldwide.